KAMPUNG MEROTAI BESAR TAWAU
ASAL USUL KG.MEROTAI BESAR
Asal usul perkataan "Merotai"bermula dari istilah yang di keluarkan oleh suku kaum Tidung yang pergi mencari rotan di hutan.Pencarian ini berakhir dengan terjumpanya mayat seorang lelaki dari suku kaum Murut di pertembungan sungai.Pencari rotan mengeluarkan"Murut Matoi De Hutan"dalam erti kata"Murut Mati Di Hutan".Perkataan ini telah diubah suai mengikut zaman dalam bahasa melayu iaitu"Merotai".Maka terhasillah merotai.Merotai besar pula terhasil daripada pertembungan sungai besar dan sungai kecil yang mengarah ke merotai kecil.Kejadian ini berlaku pada sekitar tahun 1930an.
Menuju kearah pentadbiran yang lebih sistematik dan teratur kepada kampung-kampung kecil yang pernah wujud suatu masa dahulu,di dalam kampung merotai besar sendiri dibahagikan kepada kumpulan kampung asli kecil yang wujud pada tahun 1930an.Terdapat 10 buah kampung iaitu:
~Kampung Pekan Merotai~
Merotai Besar juga mempunyai bermacam jenis kaum.Antaranya ialah:
~Bajau
~Iban
~Bugis
~Tidung
~Jawa dan lain-lain
Makanan Tradisi
~Harta peninggalan,,harta pusaka atau sesuatu yang diwarisi daripada generasi terdahulu iaitu tinggalan nenek moyang merupakan warisan yang perlu dijaga ..Makanan tradisional diwarisi daripada satu generasi kepada generasi yang lain,akan menjadi harta warisan yang tidak ternilai harganya..Pada tahun 2009 Jabatan Warisan Negara telah mengisytiharkan beberapa makanan tradisional sebagai Warisan Kebangsaan..
Makanan Tradisi Kaum Merotai
~Merotai besar mempunyai pelbagai makanan tradisi yang sangat unik dan istimewa.
~Makanan tradisi bagi kaum iban pula ialah Kasam Ikan atau"Pekasam" sangat dikenali oleh suku kaum iban.Tidak sah kalau suku kaum iban menghidang makanan tanpa pekasam di sisi.Selalunya,ikan akan diperam selama sebulan sebelum di makan,makin lama peraman makin sedap rasa isinya.Sselain itu,pelbagai jenis ikan boleh diguna untuk di jadikan pekasam seprti ikan semah,baong,lampam jawa,tengadak,sepat dan apa apa saja jenis ikan sungai.Selain daripada itu juga,ramai masyarakat tidak dapat menerima makanan ini kerana baunya,tetapi sesetengah lagi dapat menerimanya dengan baik.Cara memasaknya pula ialah dengan memanaskan minyak dan goreng dulu ikan pekasam.Apabila ikan agak-agak nak masak,masukkan bawang besar,bawang putih dan cili kering.Goreng sekali dengan ikan hingga kekuningan.sesudah masak angkat dan letakkannya dalam pinggan.Perah limau nipis bila hendak makan diatas pekasam tadi dan makan dengan nasi panas..
Makanan tradisi bagi kaum bugis
Makanan tradisi bagi kaum tidung
~salah satu makanan orang bugis di sabah terutamanya di Tawau adalah ayam masak likku @ lengkuas..Ayam masak lengkuas atau dikenali juga sebagai ayam masak likku adalah masakan unik yang tidak dapat dipisahkan dengan suku kaum bugis terutamanya di Tawau.Kenapa?sebab ianya adalah masakan turun temurun yang akan dihidangkan di kebanyakan rumah Bugis yang akan dikunjungi di hari raya.Kenapa namanya ayam masak lengkuas,sebab bahan utama masakan ini adalah lengkuas atau dalam bahasa Bugis,lengkuas itu di panggil Likku.Sebenarnya masakan ini boleh disediakan bila-bila masa,Namun bagi anak Tawau pula,,hari raya tidak lengkap tanpa ayam masak lengkuas atau likku ini..Ini kerana makanan tradisi Bugis yang lain seperti Buras Bugis dan Tumbu Bugis amat sedap dimakan dengan ayam masak likku..Cara memasak ayam masak likku ini pula ialah dengan memotong ayam menjadi 12 bahagian..Semua bumbu dicampur,ditumis sampai berbau harum.Masukkan ayam lalu aduk rata dan tambahkan santan lalu dimasak sampai kering dan berminyak..
Makanan tradisi bagi kaum tidung
~Nasi Subut adalah makanan khas bagi kaum Tidung..Makanan ini kaya dengan gizi..Nasi Subut tidak berwarna putih atau merah seperti nasi pada umumnya,,namun Nasi Subut berwarna ungu..Bahan dasar pembuatan Nasi Subut adalah nasi,,ubi jalar yang berwarna ungu dan jagung..Proses pembuatannya tidak terlalu sulit..Beberapa masyarakat setempat mengatakan bahawa makanan ini sudah ada sejak nenek moyang mereka dengan maksud untuk menghindari kelebihan makan nasi...
Makanan tradisi bagi kaum jawa
Makanan tradisi bagi kaum jawa
~Makanan tradisi bagi kaum jawa pula ialah gado-gado..Makanan ini langsung dimakan begitu sahaja,,kerana sayurannya yang sedap seperti kangkung,,potongan kentang,,tempe,, keropok,,telur rebus,,lontong mahupun ketupat dan taburan bawang goreng..Makanan ini sangat sesuai untuk orang yang sedang diet yang ingin makan makanan yang sihat dan enak..Gado-gado ini tidak mempunyai kandungan lemak yang banyak selain dari keropok dan bawang gorengnya..Gado-gado adalah makan cepat saji yang sangat lazat..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan